Home / Kewangan / Celik Kewangan / Tips Untuk Usahawan Pasar Malam

Tips Untuk Usahawan Pasar Malam

Meniaga pasar malam tak boleh berjaya? Salah tu yeop!

Peniaga ala pasar malam pun boleh buat pelaburan ya. Ramai benar rakan yang berniaga pasar malam atau di uptown. Tapi tidak dinafikan, majoriti mereka alami masalah yang sama iaitu tidak mempunyai simpanan, tidak ada pelaburan dan tidak mempunyai hartanah.

Saya kongsi 8 tips untuk mereka boleh gunakan untuk mulakan pelaburan.

1) Buka enterprise @ entiti yang berdaftar
Sekurang-kurangnya mulakan dengan membuka enterprise ( pemilikan tunggal @ perkongsian). Korbankan masa daftar yop, terus ke SSM supaya boleh dapat nasihat dari pihak pegawai SSM sendiri. RM60 setahun pun, tapi keperluan berganda lepas tu.

2) Buka akaun bank
Jangan guna akaun atas nama sendiri untuk duit jualan dan perbelanjaan. Buka akaun bank menggunakan nama bisnes. Kesilapan kebanyakkan peniaga diluar ialah tidak meletak duit jualan ke bank. Jangan salahkan bank kalau mereka tidak dapat mengesahkan kekuatan kewangan anda.

3) Beli dan buat pelaburan emas
Emas adalah salah satu pelaburan yang bijak. Dan ia tidak perlukan modal tinggi untuk mula membeli dan guna untuk pelaburan. Tahu tak kalau beli dan simpan emas sebanyak 1gram (kini rm186/bulan) setiap minggu. Percayalah yeop mempunyai peluang untuk mempunyai tunai yang banyak dalam tahun 2020. Dimana emas dijangka bernilai rm5++/gram. Tidakkah itu cukup berbaloi untuk beli emas. Kuasai ilmu tentang pelaburan emas dari orang yang betul. Sebab dengan emas kita boleh jauh dari riba. Nak tahu lebih follow doktor emas kita ni Bahij Ahmad.

3)Daftar cukai
Jangan lupa serta abaikan untuk isytihar dan bayar cukai. Sebagai perniaga yang bijak dan fikir untuk jangka masa panjang perniagaan sendiri. Cukai adalah keperluan untuk mereka mendapat pinjaman dan dapat elak dari dikenakan kompaun yang lebih tinggi. Buat apa buang duit sampai kena ribu riban kalau disebabkan kesalahan sendiri.

4) Urus akaun untung rugi atau lebih mudah buat buku tunai
Kemaskini akaun untung rugi atau buku tunai setiap bulan sebaiknya. Bila akaun untung rugi kita teratur, mudah kita untuk merancang perjalanan bisnes kita. keyakinan akan lebih ada bila semua dalam teratur. Terutama bila berhadapan dengan pihak bank, LHDN, KASTAM dan lain-lain. Punca kegagalan kita dalam mengurus duit dan sentiasa tiada tunai ialah disebabkan tiada akaun untung rugi yang dikemaskini. Follow kelas sifu kita ni Sahar Sahad.

5) Urus kewangan
Ini amat lah kita perlu ada. Pergilah jumpa atau follow fb Ieza Yusof. Dengan kakak yang jerung ni akan ajar kita untuk disiplin dalam mengurus perbelanjaan, mempunyai back up simpanan untuk kehidupan kita seterusnya, mempunyai simpanan untuk pelaburan. Jangan kata orang luar teruja, saya pun masih belajar ilmu kakak jerung ni. Memang berbaloi.

6) Urus liabiliti
Mula atau sudah berniaga, jangan nak nyibuk beli kereta mewah dan barang-barang mewah sentiasa. Paling sedih kalau masih hutang. Kurangkan hutang kecuali ia boleh mendatangkan kebaikkan kita untuk meminjam atau boleh bawa kita melabur ke hartanah. Sebagai contoh membuat pinjaman dalam ASB. Tu kalau nak lebih faham follow rapat-rapat ustaz Khairul Ezuwan

7) Beli hartanah
Dah cukup semua kat atas atau nak tahu persediaan yang perlu dalam pelaburan hartanah. Follow rakan kita yang hebat dalam pelaburan hartanah. Antaranya Ahyat Khalissabri Bin Ishak, Nazri Mustafa, Aziz Ahmad. Jangan sibuk nak beli kereta mewah, rumah 1 pun tak de. #amboi

8) Zakat
Percaya ke tak? Zakat ialah proses membersihkan harta kita. Bila harta kita dah bersih baru masuk tak henti-henti. Nak bayar zakat mudah jer. Buat simpanan akhirat bulan-bulan dengan disiplin. Ikut kemampuan atau 2.5 % dari simpanan tolak hutang. Akhir tahun pergi jumpa agen zakat macam saya (promote sikit) untuk kira.

Ayuhhhh perniaga kecil kita ubah sekarang..

*Sumber gambar : Asian Images


PERHATIAN: Celik Hartanah tidak bertanggungjawab terhadap komen yang ditulis melalui laman sosial media facebook ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun fb dan tidak semestinya menggambarkan pendirian penulis. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

KOMEN PANDANGAN & PENDAPAT ANDA DI BAWAH:
Share Artikel Dapat Duit Tepi

About Amsyari Shakur

Amsyari Shakur