Home / Tempoh Minimum & Maksimum Selesai Urusan Jualbeli Hartanah Subsale

Tempoh Minimum & Maksimum Selesai Urusan Jualbeli Hartanah Subsale

Selalu ada antara kita yang dah ada perancangan untuk urusan jualbeli hartanah, mesti sibuk fikir pasal dokumentasi, pasal isu duit & loan dan sebagainya. Tapi isu tempoh urusan itu untuk selesai juga penting untuk kita ambil tahu supaya perancangan yang dijalankan tu boleh kita rancang dengan lebih tersusun.

Tempoh MINIMUM & MAKSIMUM selesai urusan JUALBELI HARTANAH SUBSALE:

1. Hartanah freehold > Tidak bercagar > Tiada consent > Beli tunai.

Min: 2 minggu.
Max: 45 hari.

2. Hartanah freehold > Bercagar > Tiada consent > Beli tunai.

Min: 30 hari.
Max: 90 hari.

3. Hartanah freehold > Tidak bercagar > Tiada consent > Beli pakai loan.

Min: 60 hari.
Max: 90 hari.

4. Hartanah freehold > Bercagar > Tiada consent > Beli pakai loan.

Min: 75 hari.
Max: 90 hari.

5. Hartanah leasehold > Tidak bercagar > Ada consent > Beli tunai/loan > Bumi atau non Bumi to Bumi.

Min: 120 hari.
Max: 180 hari.

6. Hartanah leasehold > Bercagar > Ada consent > Beli tunai/loan > Bumi to non Bumi.

Min: 180 hari.
Max: 360- 420 hari.

7. Hartanah freehold/leasehold > Ada atau tiada consent, geran dah keluar > Bercagar/nama tuan punya belum masuk geran > Bumi atau non Bumi pada Bumi.

Min: 210 hari.
Max : 360-420 hari.

🙄 Ada yang consent dari Bumi ke non Bumi reject terus walaupun setelah appeal.

Perhatian dan sila maklum bahawa:

🗣Urusan di atas adalah masa anggaran mengikut kebiasaan.

🗣Tempoh dikira dari tarikh Perjanjian Jualbeli.

🗣Ia bergantung kepada keadaan kes, pihak yang terlibat, response time pihak terlibat.

🗣Ada pelbagai keadaan dan sifat kes jualbeli.

🗣Ia bergantung pada kecepatan dan kecekapan pihak terlibat.

🗣Ia bergantung kepada kerjasama dan komitmen yang diberikan oleh Pembeli dan Penjual.

🗣Lain negeri boleh jadi lain tempoh masanya.

🗣Ada faktor-faktor lain yang menyumbang pada kecepatan atau kelewatan. Seperti diberitahu, ia adalah “case to case basis”.

🗣 Consult your lawyer.

Boleh SHARE jika bermanfaat.

Nak ilmu undang-undang hartanah macam kat atas ni?

Starter Pack Celik Hartanah ni solusinya!

Bukan ilmu undang-undang hartanah je ada… ada ilmu hiasan dalaman, sewaan sublet, lokasi best, pelaburan hartanah & kewangan!

7 produk untuk semua ilmu tersebut dengan harga RM60 je! Wow!

Tapi jangan lambat, untuk masa terhad je ni. KLIK gambar kat bawah ni okay?


PERHATIAN: Celik Hartanah tidak bertanggungjawab terhadap komen yang ditulis melalui laman sosial media facebook ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun fb dan tidak semestinya menggambarkan pendirian penulis. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

KOMEN PANDANGAN & PENDAPAT ANDA DI BAWAH:
Share Artikel Dapat Duit Tepi

About Nazri Mustafa

Nazri Mustafa
Nazri Mustafa seorang Peguam dari Tetuan Nazri Azmi Islinda, Bdr Sri Permaisuri Kuala Lumpur. Pernah dijemput sebagai Speaker dan menerbitkan buku Liku Liku Hartanah.