Home / Kewangan / Celik Kewangan / Sebelum Buat Refinance Pinjaman Rumah, Kena Ada 5 Perkara Ini

Sebelum Buat Refinance Pinjaman Rumah, Kena Ada 5 Perkara Ini

Bella ada banyak juga terima PM tentang refinance ni.. antara soalan hot berkaitan perkara yang sememangnya hot ini adalah seperti berikut :

1. Bila masa terbaik untuk refinance?
2. Kalau blacklist boleh ke refinance?
3. Berapa lama process refinance?
4. Boleh ke satukan hutang melalui refinance?
5. Lain-lain perkara.

Ok berbalik kepada topik refinance ni, kalau tanya Bella bila masa terbaik untuk buat refinance, Bella takde jawapan tu..

Kenapa???

Sebab, kena tanya diri sendiri… untuk apa nak buat refinance? Kenapa Bella suruh tanya diri sendiri, sebab refinance bermakna hutang mungkin bertambah.

Antara sebab nak buat refinance:-
1. Satukan hutang.
2. Renovate rumah.
3. Nak kahwin.
4. Investment.
5. Nak guna duit bla bla bla.

Bila korang tahu apa tujuan korang buat refinance, lebih mudah korang nak rangka berapa jumlah cash yang korang perlukan.

Next, apa yang perlu ada/tahu sebelum nak buat refinance?

1. Kena ada rumah (mostly yang masih terikat dengan pinjaman bank, kalau dah habis loan kita panggil remortgage.. but still ada juga bank yang panggil refinance juga)
2. Tahu roughly market value.. how? Korang boleh check melalui laman web seperti Mudah.my atau iProperty.com.my atau boleh walk in ke bank untuk chevk MV.
3. Tahu outstanding loan korang.. how? Kalau korang ada online banking, boleh check kat bahagian loan.. korang jugak boleh call/walk in ke bank untuk tanya.
4. Dokumen untuk apply loan.. IC/pay slips/bank statement/EPF/dan lain-lain.
5. Pastikan CCRIS rekod korang cun.

Korang boleh semak dengan bank berapa banyak amount yang korang layak. Kena ingat, setiap bank punya policy dan procedure yang berbeza.. so, korang boleh window shopping dulu di bank!

Kalau nak satukan hutang pula…

Boleh takde masalah. Korang kena buat calculation untuk setiap hutang yang korang nak selesaikan. Sebab apa? Sebab takut cash dari hasil refinance tu akan jadi beban pada korang.

1. List kan senarai hutang yang nak diselesaikan.
2. List kan baki hutang.
3. List kan jumlah bayaran bulanan.
4. Listing lain yang korang nak untuk cash.

Then, kena ambil kira cash yang korang nak ambil dan berapa bayaran bulanan dia. Nak tahu berapa beza bayaran untuk tentukan sama ada berbaloi untuk buat debt consolidation (satukan hutang) atau tidak.

Korang boleh dapatkan nasihat daripada banker berkenaan hal ni, but korang yang kena decide sendiri kemudian.

Kalau blacklisted??

Check further blacklisted sebab apa? Kalau dah selesai tapi sistem masih belum update, boleh pergi check with bank dan dapatkan released letter.

Kena tahu betul2 maksud blacklisted ni. Ada orang CCRIS dia ada banyak angka tu pun dia kata dia dah kena blacklist. So korang kena double check CCRIS rekod korang dan crossed check dengan bank.

Berapa lama process?

Well, bila melibatkan property sangat jarang lah prosesnya nak cepat. Memang akan ambil masa sebab melibatkan banyak pihak lain. Ada lawyer, valuer, bank, pejabat tanah dan lain-lain.

So, kalau korang urgently need the money, as early as in a month, refinance ni bukanlah jalan terbaik. But if korang boleh tunggu, then should be no problem.

Ok, dah cukup panjang.. nanti Bella sambung lagi.. boleh? If ada topik pasal financing yang korang nak Bella share, korang komen sikit.. kalau Bella tahu, Bella akan share dengan korang semua!

Thanks sebab sudi baca sampai habis.

Love,
Bella.

Nak belajar ilmu berkenaan financing dan ilmu-ilmu hartanah bersama para sahabat Bella tak?

KLIK gambar di bawah ini untuk dapat produk-produk ohsem pada harga yang double ohsem ni:


PERHATIAN: Celik Hartanah tidak bertanggungjawab terhadap komen yang ditulis melalui laman sosial media facebook ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun fb dan tidak semestinya menggambarkan pendirian penulis. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

KOMEN PANDANGAN & PENDAPAT ANDA DI BAWAH:
Share Artikel Dapat Duit Tepi

About Bella Leana

Bella Leana
A Doter, Sister, Fianceé, Banker, a lady who have a big dreams with a big heart..