Home / Inspirasi / Motivasi / Plan Kewangan 2017 Versi Syafieqah Alya

Plan Kewangan 2017 Versi Syafieqah Alya

1. Plan kewangan 2016 dan 2017 tidak jauh beza. Cuma teori saya adalah memastikan simpanan terus meningkat walaupun terkesan dengan kos hidup makin tinggi

2. Tabung pencen

Saya yang berkerja sendiri kini akan memastikan potongan wajib 11% EPF akan dilakukan setiap kali income masuk. Walaupun ada yang mengatakan lebih baik simpan di tempat lain, namun pulangan dividen yang diberikan 5%-6% masih reasonable untuk bina Tabung pencen kemudian hari. Save & forget.

3. Pelaburan short term

Pelaburan di ASBF merupakan simpanan wajib yang akan dilakukan. Dividen rendah? Nama pun pelaburan, saya tetap akan teruskan dengan plan yang saya rancang dari mula.

4. Kemampuan diri dicabar

Jika tiada pelaburan berisiko rendah di ASBF, maka kita sendiri tidak yakin dengan diri, yang sebenarnya kita mampu simpan amount XXXX tersebut. Kita akan usaha sampai boleh bila kita tahu matlamat yang kita letakkan. Kita je tahu kemampuan diri kita kan.

Anda punya cara lain? Lakukan lah.

5. Simpanan + pelaburan

Namun pelaburan yang dibina perlu lah selari dengan tingkatkan simpanan kecemasan. Kita mestilah punya back up plan lain selain menjual sijil ASBF tadi. Sebab itu pentingnya ada simpanan kecemasan untuk digunakan dalam situasi kita tidak mampu menyimpan

6. Simpanan kecemasan

Pentingnya ada simpanan kecemasan sekurang-kurangnya 3-6 bulan gaji dari sekarang. Kalau boleh jangan gunakan duit tersebut untuk travel atau untuk penuhi kehendak anda. Pastikan ia terus meningkat.

7. Takaful perlindungan diri

Masih ramai yang saya jumpa tidak mempunyai takaful sebagai perlindungan diri. Saya pula risau dengan anda sekiranya berlaku apa-apa. Saya sarankan anda ambil package yang rendah seiring dengan kemampuan anda. Usia muda dan masih sihat bukan lah alasan ini semua tak penting. Ianya tersangatlah penting.

8. Rehat seketika sehingga ekonomi pulih

Bagi saya dengan keadaan ekonomi kini, semua orang terkesan. Sebab tu ada yang mengatakan dapat cukup makan tiap bulan pun memadai. Saya lebih sarankan anda tidak cipta hutang lebih banyak seperti beli kereta yang mahal ansurannya, rumah yang mahal harganya, kredit kad yang bermacam pakej menarik ditawarkan tetapi tidak pandai kawal diri, pinjaman peribadi untuk kepuasan diri, join skim-skim yang perlu pelaburan tinggi. Lupakan dan say bye kepada mereka yang nak ambil kesempatan atas keadaan ekonomi kini.

Rahsia saya menyimpan seberapa banyak mana pun income yang masuk, saya tetap kekalkan Gaya hidup yang sama. Dari luaran nampak saya memandu Mrs Su saya tu. Namun saya masih sama seperti dulu.

Anda tahu konsep saya satu, Kira-Kira yang dibuat bukanlah menampakkan kita kedekut tetapi kita merancang kewangan dengan lebih baik seperti saya merancang untuk kehidupan kita bersama Nanti. 😉

sekadar berkongsi


PERHATIAN: Celik Hartanah tidak bertanggungjawab terhadap komen yang ditulis melalui laman sosial media facebook ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun fb dan tidak semestinya menggambarkan pendirian penulis. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

KOMEN PANDANGAN & PENDAPAT ANDA DI BAWAH:
Share Artikel Dapat Duit Tepi

About Syafieqah A'lya

Syafieqah A'lya