Home / Pelik Gilerrr Semua Rumah Ni… No.4 Paling Pelik & Kelakar!

Pelik Gilerrr Semua Rumah Ni… No.4 Paling Pelik & Kelakar!

Kita dah biasa tengok projek perumahan oleh para pemaju dengan rekaan rumah yang biasa atau moden atau klasik serta elegan.

Antara faktor rekaan sedemikian adalah untuk menarik pembeli mengikut citarasa masing-masing.

Namun, ada juga rumah-rumah dengan rekaan dan bentuk yang unik yang telah diilhamkan oleh pemilik rumah itu sendiri.

Ada yang bertujuan hanya dari segi estetika atau citarasa pemilik itu. Ada juga yang mungkin untuk menarik perhatian. Ada yang mempunyai sejarah atau fungsi tertentu.

Walaupun boleh dianggap pelik pada pandangan sesetengah orang, ianya boleh juga dikategorikan sebagai unik. Jom kita lihat:

RUMAH-RUMAH PELIK DI SELURUH DUNIA.

1. Rumah Terkurus Di Dunia, Poland.

Haa, jangan ingat supermodel je kurus, rumah pun ada rumah yang kurus tau! Dibina di Warsaw, Poland pada 23 Oktober 2012, oleh Jakub Szczęsny, ianya dikenali sebagai The Keret House dan direka di ruang sempit antara dua bangunan bersebelahan. Lebar paling maksimum rumah ni hanya 152 sentimeter dan paling sempit adalah 92 sentimeter. Siapa yang klaustrofobia, jangan tinggal sini. Hahaha!

2. Rumah Lutsinar, Jepun.

Diilhamkan dari nenek moyang kita yang tinggal di atas pokok, arkitek Sou Fujimoto telah mereka Rumah Lutsinar yang terletak di Tokyo ini. Kesemua ruang di rumah ni boleh dilihat dari luar termasuk tandasnya! Berkeluasan 914 kaki persegi, rumah ni memang sesuai untuk anda yang gemarkan cahaya matahari ketika siang hari, tapi memang takda privasi langsunglah!

3. Rumah Siput Gergasi, Mexico.

Dengan rekaan bentuk cangkerang siput serta mozek yang berwarna-warni, arkitek Javier Senosiain telah membina rumah ini pada tahun 2006 dengan konsep ‘bio-architecture’ yang menggabungkan eleman alam semulajadi ke dalam seni reka rumah ini.

4. Rumah Tandas, Korea.

Bersempena memperingati penubuhan Persatuan Tandas Sedunia (korang yang gelak/tak caya tu, boleh Google persatuan ni ok!)… Datuk Bandar Suwon, Korea, iaitu Sim Jae-Duk, telah mereka rumah ini pada tahun 2007. Dibina dengan kos $1.1juta, well… all I can say is, that was literally, money goes down to the toilet! Hehehe.

5. Rumah Bola Sepak, Jepun.

Siapa peminat tegar bola sepak? Dengan kos $15,000, anda akan dapat rumah kecil dengan rekaan bentuk bola sepak ni yang direka oleh Kimidori Housing. Rumah ni tahan lasak, kalis bencana seperti gempa bumi serta boleh terapung. Apa lagi, pi order sekarang.

6. Rumah Buih, Perancis.

Antti Lovag, merupakan arkitek yang bertanggungjawab mereka La Palais Bulles atau The Bubble Palace ini. Rumah ini kemudiannya telah dibeli oleh pereka fesyen terkenal, Pierre Cardin. Pada Mac 2017, rumah ini disenaraikan pada harga 350 juta Euro.

7. Rumah ‘Kena-Serang-Dengan-Jerung’, United Kingdom.

Terletak di Oxford, England, rumah ini biasa je pada asalnya, tapi kemudian ditambah dengan struktur arca jerung yang menembusi atap rumah ini (kepala jerung tu ada dalam bahagian dalam rumah tu). Arca ini telah dihasilkan John Buckley dengan nama The Headington Shark. Menurut pemilik rumah, Bill Heine, tujuan rekaan rumah ini adalah melambangkan ‘kemarahan seseorang dan rasa terdesak seperti ada sesuatu yang membuat lubang di atap rumah anda’.

Hahaha… dah tengok rumah pelik-pelik atas ni kan?

Jangan rasa pelik sangat, dapatkan Starter Pack Celik Hartanah ni.

RM60 je, tapi anda akan dapat 7 produk ohsem hartanah+kewangan.

Haaaaa… pelik kan? Pelik tapi benar tau!

KLIK gambar di bawah. Untuk masa terhad sahaja!

Sumber-sumber gambar: Reuters, Getty Images, BoredPanda.com

PERHATIAN: Celik Hartanah tidak bertanggungjawab terhadap komen yang ditulis melalui laman sosial media facebook ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun fb dan tidak semestinya menggambarkan pendirian penulis. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

KOMEN PANDANGAN & PENDAPAT ANDA DI BAWAH:
Share Artikel Dapat Duit Tepi

About Izzat Rahimin

Izzat Rahimin
Ketua Konten CelikHartanah.com | FB: Izzat Rahimin