Home / Selepas Beli/Jual Hartanah / Interior Design / Panduan Asas Hias Kediaman

Panduan Asas Hias Kediaman

Panduan Asas Hias Kediaman.

Hari ini ramai orang mula sukakan kediaman cantik dan selesa. Sedikit panduan mudah cantikkan kediaman.

1. Pilih satu tema atau gaya yang kita suka atau rasa selesa. Contohnya gaya urban chic , scandinavia, minimalis, hipster atau apa sahaja yang kita suka.

2. Cari sebanyak mungkin gambar tema yang kita suka ini contohnya imej imej hipster, scandinavian dan himpunkan. Lebih baik jika kita dapat cetak dan susun atas meja. Jangan biarkan imej ini dalam bentuk digital seperti dalam hp sahaja.

3. Bila semua gambar gambar imej ini dah ada banyak, bahagikan kepada 4 bahagian. Iaitu :

+ Lantai

+ Dinding

+ Siling

+ Perabot

4. Apa sahaja yang akan ada diatas lantai kita masukkan bahagian lantai, tapi ingat jangan terlalu sarat. Biasanya permaidani dan kekemasan lantai seperti jubin, timber board atau vinly sahaja.

5. Apa sahaja yang akan ada didinding kita masukkan dalam kelompok ini termasuklah wallpaper, cat, gambar dan segala hiasan dinding. Curtain dan pintu sebahagian dari dinding juga kawan.

6. Seterusnya adalah siling, termasuklah jenis lampu, warna, kipas dan hiasan.

7. Pilih dan beli perabot yang menyerupai atau sama dengan gaya tersebut. Cari biar nampak sama, tema akan gagal jika kita pilih perabot yang salah contohnya gaya hipster tetapi kerusi Jepara, Jawa!

8. Bila kita putuskan satu tema, guna skema warna tema tersebut agar lebih mudah, walaupun kita minat giler dengar warna pink. Jika bukan dalam tema kita, tolong jangan guna. Beli rumah lain dan guna nanti puas puas!

9. Buat susunan ruang berdasarkan kegunaan rumah kita, susun bagi kita selesa guna bukan hanya nampak cantik gila tapi kita tak boleh guna.

10. Bagi yang baru belajar, di IKEA banyak gaya dan tema yang kita boleh belajar dan pilih. Ia lebih mudah kerana IKEA sediakan design dan designer yang baik untuk kebanyakkan produk mereka.

11. Cantikkan ruang dalaman bukan soal WANG semata mata, ia soal kreativitas manusia. Banyak ruang yang cantik tidak perlukan modal yang besar.

12. Banyakkan berjalan, membaca dan lawat IKEA selalu. Lama lama kita juga boleh pandai pilih tema dan perabot yang sesuai.

13. Banyak rumah lelong yang kita beli dan ubahsuai jadi cantik dari yang asal.


PERHATIAN: Celik Hartanah tidak bertanggungjawab terhadap komen yang ditulis melalui laman sosial media facebook ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun fb dan tidak semestinya menggambarkan pendirian penulis. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

KOMEN PANDANGAN & PENDAPAT ANDA DI BAWAH:
Share Artikel Dapat Duit Tepi

About Azizul Azli Ahmad

Azizul Azli Ahmad