Home / OMG! Takda Satu Pun Tempat Simpan Duit Yang Bagus Kalau…

OMG! Takda Satu Pun Tempat Simpan Duit Yang Bagus Kalau…

Hah? Betul ke tajuk atas ni? Takkan takda satu pun tempat simpanan yang bagus??

Ikuti situasi perbualan di bawah, saat Tuan Khairul Ezuwan diajukan persoalan berkenaan tempat simpanan mana yang bagus:

Mr X : “Key, apa tempat buat simpanan yang terbaik dan menguntungkan? Saham? Unit Trust? ASB? TH? atau Takaful?

KEY: “Takde satu pon yang bagus”

Mr X: “Kenapa pulak takde yang bagus?”

KEY: “Sebab takde jawapan yang betul pun untuk soalan ni secara general. Terbaik atau tidak satu-satu instrument simpanan tu, adalah depend kepada setiap individu. Ada orang high risk taker, ada orang medium, ada yang caranya conservative, ada yang push saving, ada yang nak simpan sambil dapat perlindungan, ada yang nak simpan minggu depan dah nak keluar, ada yang simpan untuk pencen, ada yang simpan nak cepat kaya. Macam-macam cara dan style. So, tak payahlah gaduhkan sama ada ini lagi bagus, ini lebih hebat, itu rugi, itu tak untung. Nilailah sendiri yang mana sesuai untuk awak, seiring dengan kesesuaian matlamat kewangan awak.”

Fuh. Betul jugak?

Kesimpulannya, berhentilah berdebat tentang mana yang bagus, ukur baju di badan sendiri dan kenalah mula buat matlamat serta perancangan kewangan dengan baik.

Kalau takda matlamat dan rancangan, semua jadi tak bagus pun! Jadi rancang dan set matlamat anda, okay!

Tak tahu nak rancang kewangan dan di mana nak salurkan duit ke arah yang betul?

Nah, dapatkan ilmu-ilmu hartanah dan kewangan di dalam Starter Pack Celik Hartanah.

7 produk ohsem > Hanya RM60 > Untuk masa terhad!

KLIK gambar di bawah ni:


PERHATIAN: Celik Hartanah tidak bertanggungjawab terhadap komen yang ditulis melalui laman sosial media facebook ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun fb dan tidak semestinya menggambarkan pendirian penulis. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

KOMEN PANDANGAN & PENDAPAT ANDA DI BAWAH:
Share Artikel Dapat Duit Tepi

About Khairul Ezuwan

Khairul Ezuwan