Home / Sebelum Beli/Jual Hartanah / Asas Hartanah / Nak Jadi Superman Dalam Dunia Hartanah? Belajar 6 Jenis Ilmu Super Hartanah Ni!

Nak Jadi Superman Dalam Dunia Hartanah? Belajar 6 Jenis Ilmu Super Hartanah Ni!

Ramai orang kat Malaysia ni dah sedar betapa pentingnya hartanah sebagai aset yang boleh menjamin kedudukan ekonomi mereka di kemudian hari.

Namun, bila nak mula dan start masuk  dalam dunia hartanah ni, ramai juga yang masih ragu-ragu. Sebab apa? Sebab mereka kurang pemahaman dan kurang ilmu berkaitan hartanah!

Bila takda ilmu, kita tak faham. Bila tak faham, kita bakal membuat kesilapan. Takutnya kalau dah buat kesilapan hartanah kan? Bukan silap beli baju RM100 ye, ini silap beli rumah RM100,000 memang akan merana badan sepanjang hayat!

Tapi usah bimbang, kalau kita ada ilmu di akal dan di dada, ilmu inilah yang bakal menjadi senjata terbaik untuk merubah kehidupan kita! Oleh itu, kita kenalah belajar ilmu-ilmu berkaitan hartanah ini.

Maka, apa ilmu-ilmu yang perlu ada sebelum anda masuk gelanggang hartanah?

Saya kategorikan secara asas, terdapat ENAM (6) kategori ILMU SUPER HARTANAH yang anda perlu ada untuk lengkapkan diri anda.

6 ILMU SUPER HARTANAH:-

1. ILMU PELABUR BARU

Kalau anda nak masuk gelanggang hartanah, anda perlu tanya diri sendiri, kenapa anda nak beli hartanah itu. Antara nak duduk sendiri atau nak buat pelaburan. Kalau nak melabur, hanya ada 2 pulangan: sewa dan capital appreciation. Kenapa ilmu ini boleh bantu anda elak banyak masalah? Biar saya terangkan!

Kalau anda beli rumah untuk duduk sendiri dan pelaburan, mungkin berbeza tak cara kita pilih? Kalau nak beli rumah untuk tujuan sewa dan tujuan capital appreciation, mungkin berbeza tak cara kita pilih? Sudah tentu! Semestinya! Akan sentiasa terdapat perbezaan!

So, sebagai pelabur baru dalam bidang hartanah, kenalilah kesilapan-kesilapan, teknik-teknik serta tips-tips ini, untuk elak masalah besar! Belajarlah cara untuk menceburi diri dalam bidang hartanah dengan ilmu yang tepat yang boleh dijadikan sebagai senjata anda di kemudian hari.

2. ILMU LOKASI BEST

Selepas anda dah ada ilmu asas berkaitan hartanah sebagai pelabur baru, perkara utama yang seterusnya anda perlu belajar ialah ilmu lokasi yang best!

Lokasi hartanah merupakan faktor paling penting untuk menentukan adakah hartanah anda akan hot atau tidak pada masa hadapan. Jadi, apakah faktor penentu yang boleh menjadikan lokasi itu best? Sudah tentu pengangkutan awam seperti Komuter, LRT dan MRT!

Jadi, kajilah lokasi stesen-stesen pengangkutan awam ini, dan lihatlah perkembangan dan pembangunan kawasan sekitarnya sebagai panduan anda.

3. ILMU PINJAMAN PERUMAHAN

Selepas dah jumpa hartanah yang terletak di lokasi yang menarik, pasti anda ingin memulakan langkah untuk melakukan pembelian.

Jika diri ni bertuah mempunyai duit tunai yang berlambak, bolehlah beli rumah secara tunai , kan?

Tapi sudah tentu bila kita nak beli rumah ni, memerlukan modal yang agak besar. Maka, di sini datangnya instrumen seperti pinjaman perumahan yang ditawarkan oleh pihak bank.

Usah gusar, jikalau anda bergaji kecil sekalipun, kalau kena pada caranya, permohonan pinjaman anda pasti akan diluluskan oleh pihak bank.

Ada ilmu yang perlu anda pelajari tentang bagaimana untuk mendapatkan pinjaman perumahan dengan lebih mudah.

4. ILMU UNDANG-UNDANG HARTANAH

Bila dah ilmu asas pelaburan hartanah, lepas tu dah ada pulak ilmu lokasi mana yang best untuk beli hartanah, dan jugak lepas tu dah tahu pulak ilmu nak dapatkan pembiayaan pinjaman perumahan, pastinya kita kena ilmu seterusnya ini.

Ilmu apakah itu? Ilmu ini adalah penting, tak kira beli rumah murah, mahal, kecil, besar, atas tanah atau tinggi melangit di tingkat 30. Setiap pembelian hartanah mestilah disertai dengan pelbagai prosedur perundangan.

So, kita kena tahu juga sedikit sebanyak selok-belok dan prosedur perundangan yang melibatkan pembelian hartanah. Jangan main lepas tangan je harapkan lawyer 100%. Mesti ambil tahu, juga rajin-rajin bertanya kepada lawyer anda.

5. ILMU HIASAN DALAMAN

Lepas dah ada semua ilmu di atas ni, dah mula nak beli rumah, pastinya anda inginkan rumah anda kelihatan cantik dan menarik. Kalau untuk tujuan pembelian rumah adalah untuk duduk sendiri, mesti anda nak ruangan rumah yang ikut citarasa anda dan sejuk mata memandang pada setiap hari bukan?

Kalau untuk tujuan penyewaan pun, mestilah anda nak rumah anda tu nampak menarik, mengikut trend hiasan terkini supaya dapat menarik prospek penyewa dengan lebih mudah.

Selain tujuan estetik dan rupa, ilmu hiasan dalaman juga bertujuan bagi memaksimakan ruang rumah yang kecil agar kelihatan besar dan selesa.

6. ILMU SUBLET HARTANAH

Ha, katakanlah anda belum memiliki hartanah. Dan juga tidak mempunyai modal yang besar atau mencukupi untuk membuat pembelian rumah baru, jangan gusar jangan risaulah! Ada orang masuk gelanggang hartanah, seterusnya menjana duit pendapatan yang banyak, tapi langsung tak memiliki rumah sendiri pun! Ha, terkejut beruk tak? Macam mana pulak tu?

Inilah yang dipanggil teknik sublet. Apa benda pulak sublet ni?

Secara amnya, sublet bermaksud sewa atas sewa. Jadi di sini contohnya, anda menyewa satu unit rumah dan seterusnya unit tersebut anda sewakan semula dengan kadar lebih tinggi, mungkin selepas unit itu anda upgrade dengan meletakkan perabot dan sebagainya.

Tapi, teknik sublet ini juga ada ilmunya yang perlu anda belajar secara dalam dan menyeluruh. Jangan main pakai bedal je, kalau tak akan terjadi perselisihan antara pemilik rumah dan juga individu yang menyewa dari anda! Anda sebagai orang tengah perlu melengkapkan diri dengan ilmu sublet hartanah yang secukupnya!

Rumusannya….

Menarik kan perkongsian saya mengenai 6 ILMU SUPER HARTANAH ini kan?

Tapi.. mana pulak nak dapatkan 6 ILMU SUPER HARTANAH ni secara lebih terperinci?

Haaaa!!!! Dapatkan kesemua produk berkaitan 6 ILMU SUPER HARTANAH ini di dalam satu starter pack yang menarik ini.


PERHATIAN: Celik Hartanah tidak bertanggungjawab terhadap komen yang ditulis melalui laman sosial media facebook ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun fb dan tidak semestinya menggambarkan pendirian penulis. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

KOMEN PANDANGAN & PENDAPAT ANDA DI BAWAH:
Share Artikel Dapat Duit Tepi

About Izzat Rahimin

Izzat Rahimin
Ketua Konten CelikHartanah.com | FB: Izzat Rahimin