Home / Sebelum Beli/Jual Hartanah / Asas Hartanah / Kenalpasti Lubuk Hartanah Jajaran MRT2

Kenalpasti Lubuk Hartanah Jajaran MRT2

Siapa dah naik MRT 1 yang telah dilancarkan pada 17 Julai 2017? Dengan sistem yang efisien serta disambut baik oleh pengguna, MRT juga bakal merubah landskap pasaran hartanah di sepanjang laluannya.

Malah bagi jajaran MRT 2 bagi laluan Sg Buloh – Serdang – Putrajaya (SSP) juga pembinaan baru sahaja bermula. Tak mahu rebut peluang untuk tahu maklumat berharga ini? Ingin tahu rahsia-rahsia dan tips-tips berkaitan pasaran hartanah di sepanjang kawasan laluan MRT yang sedia ada dan bakal dibina?

Anda boleh dapatkan pelbagai informasi hebat MRT2 yang berkaitan dengan hartanah. Berikut adalah ilmu-ilmu yang diperlukan untuk mengetahui pasaran hartanah di jajaran MRT2:

1. 9 Siri Video : JEJAK MRT
Penyampai : Ahyat Ishak
Kupasan serta rahsia hartanah sekitar MRT terkandung dalam video 9 siri ini yang membongkar tips-tips dan faktor penentu serta kesan terhadap pasaran hartanah di kawasan yang terlibat.

2. Comparative Analysis – MRT2
Penulis : Aziz Ahmad
Ebook ini memaparkan jadual perbandingan harga jualan dan harga sewa hartanah di kawasan sekitar MRT 2. Jadual yang informatif dan padat ini turut membandigkan jarak hartanah dari stesen MRT serta perbandingan minimum – maksimum harga sewa dan harga jualan hartanah serta puratanya.

3. Property Price Trend – MRT2
Penulis : Aziz Ahmad
Ebook ini menunjukkan trend harga dan trend transaksi lebih 100 hartanah-hartanah di kawasan sekitar stesen-stesen MRT 2. Butiran terperinci setiap hartanah seperti alamat hartanah, maklumat pemaju, jenis hartanah, bilangan unit projek dan lain-lain turut disertakan.

4. MRT 2 Property Directory
Penulis : Aziz Ahmad
Ebook ini memfokuskan data-data dari Google Earth bagi menunjukkan lokasi tepat kesemua 36 stesen MRT 2 SSP yang akan dibina. Selain itu, ia turut menyenaraikan senarai hartanah dalam lingkungan 1km radius dari stesen-stesen MRT2 ini.

Anda ada ilmu, anda ada informasi berharga, anda mampu memilih hartanah di jajaran MRT2 dengan tepat serta dengan mata terbuka. Anda boleh pastikan kira-kira hartanah pilihan anda, betul dan tepat supaya ianya tidak menjadi beban dikemudian hari.


PERHATIAN: Celik Hartanah tidak bertanggungjawab terhadap komen yang ditulis melalui laman sosial media facebook ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun fb dan tidak semestinya menggambarkan pendirian penulis. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

KOMEN PANDANGAN & PENDAPAT ANDA DI BAWAH:
Share Artikel Dapat Duit Tepi

About Aziz Ahmad

Aziz Ahmad
Berpengalaman lebih 9 tahun sebagai Ejen Hartanah Berdaftar, Penceramah Hartanah dan Penasihat Celik Hartanah