Home / Kewangan / Celik Kewangan / Guna Cara Berbeza, Dapat Hasil Pulangan Lain-lain?

Guna Cara Berbeza, Dapat Hasil Pulangan Lain-lain?

CARA YANG BERBEZA DAN SIMPANAN YANG SAMA MENGHASILKAN PULANGAN LEBIH TINGGI!?

Saya mampu menyimpan RM1050 sebulan tapi tak tahu nak letak kat mana duit ni.

Nah saya share beberapa cara yang boleh dilakukan untuk korang :

A. ASBF RM200K, 30 tahun.

Baru kerja takda komitmen yang banyak, maka mula paksa diri simpan. Promo rate sekarang 4.8% (last Oktober 2017), tanpa takaful, average dividen tahunan 6.75%. Bulanan Rm1050.

Simpan tak usik-usik dah.

Lepas 5 tahun hasilnya :
Prinsipal yang dibayar RM16,870
Dividen terkumpul RM77,248
Jumlah RM94,118✅

B. ASBF RM100K, 10 tahun.

Ada orang takut nak ambil pembiayaan sampai 30 tahun dan tak berani ambil jumlah pembiayaan yang tinggi. Maka saya buat perbezaan bulanan yang sama juga iaitu RM1050 sebulan.

Promo rate sekarang 4.8% (last oct 2017), tanpa takaful, average dividen tahunan 6.75%. Bulanan Rm1050 juga.

Simpan tak usik-usik dah.

Lepas 5 tahun hasilnya :
Prinsipal yang dibayar RM44,041
Dividen terkumpul RM38,624
Jumlah RM82,665✅

C. ASBF RM100K + UT regular saving.

Rasa takut nak park terus 200k asb maka korang bahagikan kepada 100K asbf dan unit trust. Promo rate sekarang 4.8% (last oct 2017), tanpa takaful, average dividen tahunan 6.75%. Tempoh pembiayaan 30 tahun.

Lepas 5 tahun hasilnya :

100K ASBF
Prinsipal yang dibayar : RM8436
Dividen terkumpul : RM38,624
Jumlah RM47,060

Dan..

Unit trust regular saving
Average return lepas 5 tahun adalah RM37K

(Average capital gain 6% min)

Jumlah keseluruhan RM84,060✅

Kalau korang pilih yang mana? Sebenarnya ada banyak lagi cara cuma tak sempat update.

Moga bermanfaat untuk korang☺️


PERHATIAN: Celik Hartanah tidak bertanggungjawab terhadap komen yang ditulis melalui laman sosial media facebook ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun fb dan tidak semestinya menggambarkan pendirian penulis. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

KOMEN PANDANGAN & PENDAPAT ANDA DI BAWAH:
Share Artikel Dapat Duit Tepi

About Syafieqah A'lya

Syafieqah A'lya