Home / Kewangan / Celik Kewangan / Gaji Kecil Tapi Rasa Cukup Kalau Ikut Cara Ni!

Gaji Kecil Tapi Rasa Cukup Kalau Ikut Cara Ni!

Nak hidup di bandar besar, gaji RM2000 memang tak cukup. Tak cukup jika gaya hidup kau setinggi gunung Everest.

Jika gaji kau tak banyak, tetapi kau pandai uruskan dengan bijak, kau akan sentiasa rasa cukup.

Rezeki tidak pernah salah alamat. Jika kau kuat berusaha, berdoa dan tawakal pasti ada rezeki yang tidak diduga menanti.

Gaji kecil tidak mengapa. Yang penting kau kena bijak menguruskannya. Antara yang kau boleh buat ialah:

1. Sedar Diri Bergaji Kecil.
Beringat yang gaji kau kecil. Kau harus bersederhana dalam berbelanja. Tak perlu nak belanja sakan serupa anak Datuk.

2. Simpan Sebelum Berbelanja.
Simpan sekurang-kurangnya 10% daripada gaji untuk kegunaan masa depan. Buat potongan akaun gaji ke Tabung Haji ataupun ‘force saving’ guna pembiayaan ASB. Simpan sikit-sikit, lama-lama jadi banyak juga duit kau tu.

3. Gaya Hidup.
Gaya hidup kau tak perlu sama dengan orang lain. Kau tahu kemampuan kewangan kau. Biarkan kawan-kawan pergi travel luar negara, pakai iPhone, lepak Starbucks. Kau kena rilek je.

4. Buat Bajet Dan Monitor Bajet.
Buat satu bajet tentang pendapatan, jumlah perbelanjaan dan hutang yang harus dibayar. Ia penting supaya kau tidak terlebih berbelanja.

5. Cari Pendapatan Tambahan.
Jika hutang kau melebihi pendapatan bulanan, usahakan pendapatan tambahan. Boleh cuba dropship, jual barang online, jadi runner dan lain-lain.

6. Tangguhkan Kehendak.
Lupakan dahulu travel ke luar negara. Lupakan dahulu kereta import mewah dan kehendak kau yang menggunung tu. Utamakan apa yang perlu.

7. Bandingkan Harga.
Bandingkan harga semasa kau berbelanja. Jimat RM2-RM3 pun dah banyak. Jika dihimpunkan lama-lama banyak juga.

8. Segera Bayar Hutang.
Jika ada hutang dengan bank jangan tangguh bayar. Lewat bayar mungkin kena caj lambat bayar. Hutang kawan kau pun kena bayar jugak. Jangan buat-buat hilang ingatan.

9. Berhenti Buat Hutang Baru.
Jangan buat hutang baru jika hutang lama kau rabak nak bayar. Fokuskan hutang lama terlebih dahulu.

10. Tabung Berwarna.
Jika sukar untuk simpan 10% daripada gaji, cuba simpan RM5 (Si Hijau) ataupun RM20 (Si Oren).  Boleh juga simpan dalam tabung/bekas yang berbeza rupa. Jumpa je dalam dompet kau terus asingkan dan masukkan dalam tabung berwarna.

Rumusannya:

Jika gaji kau bawah RM2000 tapi kau kena tanggung keluarga, adik-adik tu semua… aku tahu kau seorang yang bertanggungjawab. Tak apa lah macam itu. Mungkin rezeki kau bukan untuk memiliki harta benda tetapi rezeki kebahagiaan, rezeki kesihatan dan rezeki yang cukup sedia ada walaupun bergaji kecil.

Gaji besar pun kalau bersikap boros, tiap bulan pergi travel, beli kereta import mewah pun susah nak menyimpan walaupun hanya RM100.

Masalah kewangan biasanya berlaku kerana dua perkara. Kau tidak berfikir sebelum bertindak ataupun kau berfikir tanpa bertindak.

Jangan malu bergaji kecil. Tetapi malulah jika berpura-pura kaya. Kah!


PERHATIAN: Celik Hartanah tidak bertanggungjawab terhadap komen yang ditulis melalui laman sosial media facebook ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun fb dan tidak semestinya menggambarkan pendirian penulis. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

KOMEN PANDANGAN & PENDAPAT ANDA DI BAWAH:
Share Artikel Dapat Duit Tepi

About Amir Syahir

Amir Syahir