Home / Sebelum Beli/Jual Hartanah / Asas Hartanah / Anda Rasa Hebat Pakai Smartphone Canggih, Tapi Orang Lain Fikir Anda…

Anda Rasa Hebat Pakai Smartphone Canggih, Tapi Orang Lain Fikir Anda…

Disebalik trend masa kini, di mana ramai yang berlumba-lumba menunjukkan kehebatan, kehidupan, kekayaan serta kejayaan peribadi masing-masing di media sosial seperti Facebook, Instagram dan lain-lain, terdapat sisi buruk yang terhasil akibat daripada trend ini yang menyebabkan ramai di kalangan kita terikut-ikut untuk membandingkan diri dengan para selebriti atau insan-insan famous ni.

Kalau ikut cara baik takpa juga, tapi hakikatnya, sentiasa kita akan membandingkan kehidupan mereka dengan kehidupan diri sendiri, secara tidak rasional dan melampau sehingga tahap boleh mejatuhkan keyakinan diri sendiri.

Realitinya, kita mesti jadi diri sendiri serta menjadikan perbandingan itu sebagai motivasi, bukan sebagai ikutan atau anggapan yang merosakkan pemikiran kita! Jangan akhirnya nanti, kita akan lebih kisah tentang anggapan orang lain mengenai diri kita.. walhal tak betul pun.

Jom lihat 10 situasi contoh di bawah ini, untuk renungan anda bersama…

10 Situasi Yang Kita Rasa Berbanding Apa Yang Orang Lain Rasa Pada Diri Kita:

1. Kita rasa orang akan kutuk kita bila kita seorang perempuan yang tiada hiasan emas di tangan. Tapi yang pakai emas sampai ke lengan kena puji ke? Tiada sapa akan kutuk anda pun sebenarnya kalau takde hiasan emas. Yang selalu kena kutuk yang pakai berlebih-lebihan hingga siap bagitahu nilainya jutaan ringgit.

2. Kita rasa orang kutuk kita bila kita tidak dapat buat majlis perkahwinan yang grand. Orang ramai lebih kagum dengan mereka yang buat majlis perkahwinan kecil-kecilan. Yang buat majlis nikah sahaja, tanpa majlis kahwin pun tiada sapa yang akan kutuk, malah lagi orang puji walaupun dia orang kaya, tapi berserdehana sahaja.

3. Kita rasa orang kutuk kita pakai jam murah. Orang ramai tak nak tengok pun jam kita walau harganya RM100K. Jarum jam tu jer yang kita nak tengok. Takdanya orang nak belek ambil tahu harganya kecuali kita yang saja tunjuk. Orang lain akan cakap anda membazir jer.

4. Kita rasa orang kagum bila kita tunjukkan kad kredit Titanium, Platinum dan lain-lain… sedangkan orang lain lebih kagum dengan mereka yang langsung tidak memerlukan atau tidak gunakan kad kredit.


Sumber gambar : www.wedding.com.my

5. Kita rasa malu nak letak duit hantaran rendah untuk anak perempuan kita, siap ikut rate SPM, Diploma, Degree, Master, PHD. Tapi hakikatnya ramai orang kagum dengan anda yang letakkan hanya mas kahwin RM500, tanpa ada meletakkan duit hantaran walaupun anak perempuan anda pemegang PHD.

6. Kita rasa orang kutuk kita pakai kereta biasa-biasa. Orang lain tak pernah peduli pun anda nak pakai kereta apa pun. Awek taknak pandang? Yang kena pandang tu lagi dalam bahaya. Mesti high maintenance.

7. Kita rasa rendah diri bila gaji kecil. Orang lain yang gaji besar pun rasa diorang tak cukup duit. Lagi mereka jealous sebenarnya kalau anda yang bergaji kecil tapi mampu buat simpanan. Hakikatnya, sebahagian yang bergaji besar ramai terbeban dengan hutang.

8. Kita rasa hebat pakai smartphone model terbaharu yang canggih, orang lain pulak rasa pelik anda pakai handphone yang canggih, tapi nak download Apps Telegram pun tak pandai.

9. Kita rasa hebat pakai baju & seluar slim fit berjaket yang berjenama. Orang lain tengok pada ilmu anda walaupun anda hanya berkain pelikat. Pakai smart ilmu zero, tak berguna. Jangan fikir tangan berlumpur dan berminyak hasil kerja susah tu tidak hebat.

10. Kita rasa rendah diri hanya berpangkat kerani. Tahukah anda bahawa bos anda akan kelam-kabut nak menangis kalau anda tengah bercuti. Bos bercuti namun operasi company tetap jalan. Tapi kalau kerani cuti rasa lumpuh company. Nampak tak betapa pentingnya anda?

Kesimpulannya…

Jangan fikirkan apa yang orang rasa pada diri anda sebab apa yang anda rasa tu tak selalunya betul. Teruslah jadi diri sendiri. Ukur kemampuan dan potensi diri sendiri, bukan ukur persepsi orang lain yang kita nilai sendiri.

Renung-renungkanlah!

-KEY-

Tak nak tahap hidup anda tu biasa-biasa je dan ingin meningkatkan tahap kewangan dan ekonomi anda? Jom pelajari ilmu kewangan dan hartanah yang pasti dapat membantu anda untuk maju dan berjaya!

KLIK gambar di bawah ini: 


PERHATIAN: Celik Hartanah tidak bertanggungjawab terhadap komen yang ditulis melalui laman sosial media facebook ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun fb dan tidak semestinya menggambarkan pendirian penulis. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

KOMEN PANDANGAN & PENDAPAT ANDA DI BAWAH:
Share Artikel Dapat Duit Tepi

About Khairul Ezuwan

Khairul Ezuwan