Home / Kewangan / Celik Kewangan / 7 Tips Mantapkan Profil Kewangan

7 Tips Mantapkan Profil Kewangan

Jom baca 7 tips nak mantapkan profil kewangan korang.

1. TAMBAH PENDAPATAN.

Gaji yang anda terima mungkin tidak seberapa, namun itu bukan alasan yang bank boleh terima. Jika itu alasannya, maka lupakan saja hasrat dan impian miliki rumah idaman.

Usahakan untuk buat kerja sampingan untuk jana pendapatan. Namun pastikan setiap kerja sampingan itu ada bukti pendapatan.

2. KURANGKAN KOMITMEN.

Bagi yang slip gajinya masih dara atau yang mula bekerja, jangan gatal tangan atau miang mata tengok kereta mahal nampak macam murah sahaja. Jangan juga terpesona dengan skim cepat kaya sebab nak goyang kaki sambil tunggu duit masuk sahaja. Jangan kahwin dengan pembiayaan peribadi yang mencanak angkanya. Jangan jadi kurang bijak macam kebanyakan orang kita yang dahulu kala termasuklah saya. Jangan malas cari ilmu.

Bagi yang sudah terlanjur, berhenti membuat komitmen tambahan dan selesaikan secepat mungkin. Pastikan CCRIS hanya ada angka kosong sahaja.

3. KONSISTEN SIMPANAN.

Ini menunjukkan sikap kita dalam pengurusan kewangan. Bank akan lihat dan ambil kira sikap ini. Lagi lama dan konsisten anda menabung, lagi bank suka.

Setiap bulan simpanlah sedikit dalam akaun TH contohnya. Setiap kali dapat gaji, simpan 10-20% dahulu kemudian yang lain barulah dibelanjakan ikut keperluan, bukan belanja ikut kemahuan. Simpan dalam bank supaya ada rekod transaksi sebagai bukti.

4. PELABURAN.

Pelaburan juga sangat berguna. Jika melabur dalam apa-apa instrumen yang menjana pendapatan contohnya ASBF dan hartanah, isytiharkan juga. Dividen ASB adalah pendapatan. Aliran tunai positif daripada hartanah juga adalah pendapatan.

Logam bernilai contohnya emas juga pelaburan namun ia tidak diambil kira sebagai pendapatan. Anda boleh juga isytiharkan (beserta bukti pembelian dan simpanan) namun ia hanya membantu anda dari aspek rekomendasi sahaja. Ia tidak dikira sebagai pendapatan.

5. ISYTIHAR DAN BAYAR CUKAI.

Pengisytiharan cukai ini ialah pengakuan berapa banyak pendapatan yang kita jana.

Apa yang kita isytihar, itulah yang bank rujuk untuk bandingkan dengan pendapatan dan komitmen yang kita ceritakan atas tadi.

Jangan sorok-sorok. Nak kurangkan cukai bukan cara sorok-sorok pendapatan.

6. PERLINDUNGAN.

Berapa banyak pendapatan atau aset yang ada tapi tiada perlindungan pun tak guna juga. Pastikan ada perlindungan contohnya takaful untuk diri dan aset-aset tadi.

Bank tak pandang itu semua tetapi jika bab perlindungan ini mantap, ia mungkin memberi “impression” yang mantap pada pandangan bank.

7. DOKUMENTASI.

Kalau buat semua nombor 1 hingga 6 tadi tapi tiada dokumentasi, tak guna. Bank tak terima pengesahan secara verbal, sebaliknya bank perlukan pengesahan secara dokumen. Rekodkan semua transaksi.

Tak reti dokumentasi profil kewangan? Jumpa banker bahagian pembiayaan perumahan. Kerja kerajaan, kerja swasta, kerja sendiri, berniaga dan sebagainya memerlukan syarat-syarat dokumentasi yang berbeza-beza dan tempoh yang tidak sama. Contohnya ada kakitangan kerajaan yang cukup dengan 3 bulan dokumentasi sahaja, manakala ada yang berniaga sendiri memerlukan 2 tahun dokumentasi. USAHA

Ps: Penting ke?

Penting ke semua yang saya coretkan di atas tadi?

Tak penting kalau anda bercadang beli rumah secara tunai.
Penting kalau anda nak dapatkan pembiayaan perumahan atas konsep OPM. Nak kumpul 10% pun mengah, inikan pula nak bayar tunai.

Kalau rasa ada kenalan yang perlukan ilmu ini, atau sering menyalahkan bank kerana tak luluskan permohonan pembiayaan, tag mereka supaya kita sama-sama dapat sebar ilmu berguna.

Sila share perkongsian ini!

Rasa best gilerrrr baca ilmu kewangan di atas?

Nak mantapkan kewangan anda serta nak belajar pasal hartanah?

Dapatkan Starter Pack Celik Hartanah, dengan harga RM60 anda akan dapat 7 produk ohsem kewangan+hartanah!

KLIK gambar di bawah, untuk masa terhad sahaja ni! Cepat dapatkan!


PERHATIAN: Celik Hartanah tidak bertanggungjawab terhadap komen yang ditulis melalui laman sosial media facebook ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun fb dan tidak semestinya menggambarkan pendirian penulis. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

KOMEN PANDANGAN & PENDAPAT ANDA DI BAWAH:
Share Artikel Dapat Duit Tepi

About Mohd Fadhli Mohd Fauzi

Mohd Fadhli Mohd Fauzi
Pembina konten hartanah & kewangan di profil FB Mohd Fadhli Mohd Fauzi. https://www.facebook.com/profile.php?id=100009268608183