Home / Sebelum Beli/Jual Hartanah / Asas Hartanah / 7 Jenis Lokasi Hartanah Hot Meletop! No. 7 Tu Perempuan Paling Suka!

7 Jenis Lokasi Hartanah Hot Meletop! No. 7 Tu Perempuan Paling Suka!

Dalam proses membeli rumah, lokasi adalah faktor paling utama untuk kita teliti dan pertimbangkan. Namun, apa jenis lokasi yang boleh membuatkan sesuatu lokasi hartanah itu hot???

Jom kita lihat 10 jenis lokasi hartanah yang mempunyai potensi untuk menjadi lokasi hot dan seterusnya menjana aliran tunai (cashflow) yang positif untuk anda!

1. Lokasi Dengan Permintaan Tinggi

Maksud lokasi dengan permintaan tinggi adalah lokasi yang sentiasa mendapat perhatian dari penduduk sekitar ataupun luar. Lokasi seperti ini seringkali high in demand, maknanya, kalau hari ini rumah tiada penyewa contohnya, esok pasti ada orang nak masuk. Contoh lokasi dengan permintaan tinggi adalah lokasi yang ‘hit’ dan banyak bilangan posting iklan di dalam laman web seperti Mudah.my, Propwall.my dan lain-lain.

2. Lokasi Pesat Membangun

Lokasi ini senang untuk anda cari. Lihat sahaja di mana lokasi yang mempunyai pelbagai projek yang sedang dalam perancangan atau pembinaan oleh pihak pemaju. Kepesatan sesuatu kawasan yang didorong oleh kedudukan strategik lokasi tersebut serta aktiviti ekonominya yang baik mendorong pihak pemaju untuk berlumba-lumba menjalankan projek mereka. Oleh itu, ini juga adalah kriteria lokasi hot untuk rujukan anda.

3. Lokasi Yang Merupakan Pusat-Pusat Bandar

Pusat bandar secara normalnya mempunyai kepadatan penduduk yang lebih tinggi daripada kawasan luar bandar. Ini sahaja boleh anda sasarkan sebagai prospek bakal penyewa anda. Lebih ramai penduduk = lebih tinggi peluang anda cari penyewa! Hot kan!

4. Lokasi Yang Ada Institusi Pendidikan

Institusi pendidikan seperti universiti, kolej dan lain-lain akan menyebabkan aliran demografi penduduk di lokasi tersebut meningkat dengan kehadiran para pelajar. Para pelajar ini juga memerlukan tempat tinggal yang hampir dengan tempat belajar mereka. So, apa lagi? Lokasi itu secara langsungnya akan turut jadi hot!

5. Lokasi Kawasan Perindustrian

Lokasi ini pada amnya dipenuhi dengan kilang-kilang dari firma dan syarikat tempatan atau luar negara. Lokasi ini hot kerana kehadiran para pekerja, samada pekerja tempatan atau pekerja asing memerlukan rumah dan tempat tinggal untuk kediaman mereka!

6. Lokasi Dengan Jaringan Pengangkutan Yang Baik

Jika terdapat jaringan pengangkutan seperti jalanraya, lebuhraya, MRT, LRT, HSR, Komuter dan sebagainya di sesuatu kawasan itu, maka secara automatiknya kawasan itu akan menjadi lokasi hartanah yang hot! Kenapa? Sebab pengangkutan merupakan keperluan utama bagi manusia. Takda pengangkutan = takda ekonomi. Takda ekonomi = semua bungkus eh! Hehehe. Kita tak nak lokasi yang bungkus macam tu, kan?

7. Lokasi Yang Ada Pusat Membeli Belah

Pusat membeli belah juga merupakan keperluan asas bagi menjadikan lokasi itu hot. Para penduduk memerlukan pusat membeli belah sebagai pusat untuk membeli barangan asas atau barangan peribadi, barangan runcit, tempat beriadah, beristirehat dan sebagainya. Dalam erti kata lain, ini turut menyumbang kepada peningkatan nilai dan permintaan lokasi tersebut! Lagipun, bagi yang dah berkeluarga, pusat membeli belah merupakan tempat favourite para isteri. Orang cakap, isteri happy = keluarga dan rumah yang happy! Jadi, belilah rumah dekat dengan pusat beli belah!

Jika anda ingin belajar lebih banyak pasal lokasi hartanah yang hot, apa kata anda klik link di bawah ini:


PERHATIAN: Celik Hartanah tidak bertanggungjawab terhadap komen yang ditulis melalui laman sosial media facebook ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun fb dan tidak semestinya menggambarkan pendirian penulis. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

KOMEN PANDANGAN & PENDAPAT ANDA DI BAWAH:
Share Artikel Dapat Duit Tepi

About Izzat Rahimin

Izzat Rahimin
Ketua Konten CelikHartanah.com | FB: Izzat Rahimin