Home / 600 Orang Happy Belajar Bezakan Peluang & Perangkap Hartanah Di…

600 Orang Happy Belajar Bezakan Peluang & Perangkap Hartanah Di…

Bertempat di Dewan Utusan, Ibu Pejabat Utusan Malaysia, Chan Sow Lin, Kuala Lumpur, pada hari Sabtu, 24 Februari 2018 yang lalu, satu program seminar hartanah iaitu program Mega Pejuang Hartanah (MPH) 2018 : Peluang? Perangkap? telah berlangsung dengan jayanya.

Program anjuran Team Pejuang Hartanah dengan kerjasama Utusan Malaysia dan Persatuan Kebajikan Anak-Anak Pahang Di Ibu Kota (PEKAP) ini yang diterajui oleh Tuan Ahyat Ishak selaku speaker utama.

Seramai 600 orang peserta telah menyertai program berbentuk seminar tetapi santai ini, yang menekankan modul topik ‘Peluang atau Perangkap?’ di dalam hartanah.

Antara isu yang diberi penekanan dan dibincangkan oleh Tuan Ahyat Ishak adalah mengenai adakah tahun 2018 merupakan tahun yang sesuai untuk melakukan pembelian hartanah. Para peserta juga telah ditunjukkan teknik serta cara yang betul terutamanya bagi mereka yang baharu ingin mengorak langkah dalam dunia hartanah dan seterusnya cara bagaimanakah menjadikan hartanah itu suatu medium pelaburan yang boleh menjana pendapatan.

Sesi lain juga melibatkan topik kewangan yang disampaikan oleh penulis ebook ‘Jom Tackle Bank!’ iaitu Cik Bella Leana, yang banyak berkongsi cara-cara yang betul untuk memantapkan profil kewangan anda agar boleh diterima pandang oleh pihak bank terutamanya apabila ingin memohon pinjaman perumahan. Beliau juga berkongsi permasalahan yang sering dialami oleh pemohon pinjaman serta berkongsi tips-tips kewangan yang dilihat amat penting sebelum anda berhasrat membeli hartanah.

Para peserta juga telah diberikan panduan melalui pemberian peta percuma yang oleh Tuan Ahyat Ishak, cara melihat dan menggunakan peta yang betul serta mengenalpasti lokasi hartanah yang bersesuaian.

Program yang bermula pada jam 9 pagi ini telah berakhir sekitar 7 malam dengan 600 orang peserta tersebut rata-ratanya sangat gembira dan berpuas hati dengan ilmu yang dipelajari pada MPH kali ini.

Dah terlepas nak timba ilmu hartanah di MPH 2018 ni???

Usah bimbanglah… jom dapatkan Starter Pack Celik Hartanah!

Dengan RM60 je, anda akan dapat 7 (TUJUH) produk hartanah + kewangan… wow!!? Ohsem kan?

Untuk masa terhad je tau. KLIK gambar kat bawah ni cepat-cepat!


PERHATIAN: Celik Hartanah tidak bertanggungjawab terhadap komen yang ditulis melalui laman sosial media facebook ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun fb dan tidak semestinya menggambarkan pendirian penulis. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

KOMEN PANDANGAN & PENDAPAT ANDA DI BAWAH:
Share Artikel Dapat Duit Tepi

About Izzat Rahimin

Izzat Rahimin
Ketua Konten CelikHartanah.com | FB: Izzat Rahimin