Home / Keusahawanan / Dunia Online / 6 Tools Online Untuk Ejen Hartanah

6 Tools Online Untuk Ejen Hartanah

Apabila kita sebut pasal hartanah, kita sebagai ejen hartanah mahupun sebagai pemilik bisnes, tidak lari daripada deal dengan prospek mahupun pelanggan. Terdapat banyak strategi dan tools online yang boleh kita gunakan untuk menjaga prospek/pelanggan. Ada yang percuma dan ada juga yang berbayar. Ia bergantung kepada jenis bisnes anda. Pilihlah mana yang sesuai dengan bisnes anda.

1. Whatsapp group / broadcast

Ini cara percuma. Kita boleh kumpul pelanggan dalam satu group whatsapp dan broadcast. Tidak perlu kita whatsapp satu-satu. Ini memang membuang masa dan tidak produktif. Jadi, pastikan anda sudah maklumkan pelanggan yang nak info lanjut dari anda untuk mereka terima whatsapp supaya anda boleh save no.mereka dalam phone.

2. Telegram group channel

Ini cara percuma. Kita boleh bagi link pada prospek/pelanggan. Mereka join channel telegram. Kita boleh broadcast pada mereka semua.

3. Facebook group

Ini cara percuma. Kita boleh kumpul mereka dalam group fb tertutup umtuk kita share perkara yang bermanfaat pada prospek/pelanggan kita.

4. Bina mobile apps

Ini cara berbayar. Kita kena minta prospek/pelanggan kita download apps kita dan kita salurkan maklumat melalui mobile apps tersebut.

5. Email Autoresponder

Ini cara berbayar, umtuk kita ada sistem autoresponder. Kita memasukkan prospek/pelanggan ke dalam sistem email marketing autoresponder. Pada bila-bila masa, kita boleh hantar email kepada mereka.

6. SMS Blaster

Ini cara berbayar. Kita masukkan no telepon ke dalam sms blaster dan kita boleh blast sms kepada mereka semua.

6 cara di atas mempunyai kelebihan dan kekurangan. Anda boleh cuba guna semua tools dan lihat kesesuaian dengan bisnes anda. Mulakan yang percuma dan yang boleh diaplikasikan dengan cepat dan pantas.

Yang terbaik ialah kita tidak memaksa prospek/pelanggan untuk terima info daripada kita, biarlah mereka rela untuk terima info daripada kita secara semulajadi.

Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada anda semua. Share dengan rakan taulan ye


PERHATIAN: Celik Hartanah tidak bertanggungjawab terhadap komen yang ditulis melalui laman sosial media facebook ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun fb dan tidak semestinya menggambarkan pendirian penulis. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

KOMEN PANDANGAN & PENDAPAT ANDA DI BAWAH:
Share Artikel Dapat Duit Tepi

About SHamsurizam Norsham

SHamsurizam Norsham
Online Marketing Coach. Berpengalaman selama 14 tahun dalam online marketing. Memegang jawatan sebagai Chief Technology Officer (CTO) di Celik Hartanah Sdn Bhd