Home / Keusahawanan / 6 Perkara Jika Nak Ada Rakan Kongsi Bisnes

6 Perkara Jika Nak Ada Rakan Kongsi Bisnes

JANGAN sibuk fikir nak ada rakan kongsi jika tidak tahu 6 perkara di bawah:

1. Perjanjian dalam perkongsian (partnership) mesti buat untuk elak dari tidak adil dan untuk kongsi hak sebagai pekongsi. Jangan kita terlalu percaya pada keakraban sebagai rakan, keluarga dan pangkat. Dalam bisnes semua yang tidak disangka boleh terjadi.

2. Kenalpasti tugas anda dan rakan kongsi dalam bisnes. Sebaiknya jangan lakukan kerja yang sama. Mesti ada yang boleh buat marketing, pengurusan dan operasi. Kalau semua buat operasi siapa nak buat marketing.

3. Kenalpasti berapa modal dan peratus kepentingan anda dalam bisnes. Jangan masa dah banyak duit baru nak fikir berapa nak agihkan. Masa tu baru fikir tak adil dan tak cukup dapat.

4. Dalam cukai, mesti ada perjanjian jika tidak keuntungan akan dibahagi sama rata dalam kiraan cukai. Kalau anda rasa tidak dapat untung setimpal. Anda dah rugi kat sini.

5. Tanggungjawab pekongsi dalam bisnes adalah tanggungjawab bersama. Pastikan anda tahu setiap keputusan yang dibuat oleh rakan kongsi anda. Sebab ada saja kes yang rakan kongsi beli kereta atas nama perkongsian. Tapi guna macam hak sendiri.

6. Rakan kongsi yang bijak ialah tahu setiap duit keluar masuk dalam bisnes. Dalam keluarkan cek. Pilih sama ada
a) anda dan rakan kongsi wajib sign cek atau
b) salah seorang sign tapi ada had pengeluaran
(Tapi masih tidak digalakkan)


PERHATIAN: Celik Hartanah tidak bertanggungjawab terhadap komen yang ditulis melalui laman sosial media facebook ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun fb dan tidak semestinya menggambarkan pendirian penulis. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

KOMEN PANDANGAN & PENDAPAT ANDA DI BAWAH:
Share Artikel Dapat Duit Tepi

About Amsyari Shakur

Amsyari Shakur