Home / Keusahawanan / Dunia Online / 3 Cara Bela Hartanah Dengan Bisnes Online

3 Cara Bela Hartanah Dengan Bisnes Online

Terdapat 3 cara bisnes online yang boleh kita lakukan secara sambilan. Apabila kita membeli rumah yang berharga RM 500 Ribu, secara anggarannya, pembayaran bulanan ialah RM 2500 sebulan. Kita seharusnya sudahpun mempunyai pendapatan yang boleh menampung bayaran bulanan. Seharusnya, kita juga sudah mempunyai simpanan 3 tahun iaitu sebanyak RM 2500 x 36 bulan, bersamaan 90K supaya kita mampu bertahan ketika apa-apa masalah berlaku seperti tiada penyewa, ekonomi jatuh, pendapatan kita kurang dan sebagainya.

Cara Bisnes Online

Saya ingin kongsikan, 3 cara, anda boleh buat bisnes online untuk mendapatkan RM 2500 sebulan.

1. Bisnes Affiliate

Bisnes affiliate merupakan bisnes secara online di mana kita mempromosikan produk orang lain dengan menyertai program affiliate. Kebiasaannya, program affiliate boleh didaftar secara percuma. Ada juga program affiliate memerlukan kita membeli produk mereka supaya mudah untuk kita buat kempen pemasaran. Kita mendapat komisyen apabila produk terjual. Kebiasaannya program affiliate ini memasarkan produk digital.

Sebagai contoh, ebook Ilmu Kewangan. Apabila kita sudah menjadi pelanggan, maka kita layak menjadi ejen affiliate. Komisyen yang diberikan ialah 50% setiap unit yang terjual. Sekiranya harga ebook tersebut ialah RM 60, maka komisyen kita RM 30. Sekiranya kita dapat menjual 3 unit sehari, maka komisyen kita lebih RM 2500 sebulan.

2. Bisnes Dropship

Dropship merupakan salah satu cara bisnes online iaitu kaedah penghantaran terus dari pengeluar kepada pelanggan.  Ejen dropship akan memasarkan produk pengeluar secara online melalui Facebook, Instagram mahupun Whatsapp. Apabila pelanggan sudah membeli daripada kita, maka kita boleh order produk tersebut daripada pengeluar dengan membayar harga ejen. Pengeluar akan hantar terus pesanan tersebut kepada pelanggan. Kita akan mengambil keuntungan terus daripada hasil jualan produk itu. Kelebihannya, kita tidak menyimpan stok dan tidak memerlukan modal untuk bermula. Jika kita boleh mendapat keuntungan sebanyak RM 84 sehari, maka jumlah income kita akan melebihi RM 2500 sebulan.

3. Ejen/Stokis Produk

Kita juga boleh menjadi ejen / stokis produk yang sedang laris di pasaran. Cara bisnes online ini memerlukan anda memastikan produk tersebut boleh dijual secara online terlebih dahulu dan ada permintaan sebelum mengeluarkan modal. Kebiasaannya, anda boleh dapatkan informasi serta bahan promosi daripada pengeluar. Anda boleh upload gambar di Facebook / Instagram untuk melihat permintaan produk tersebut. Buatlah kira-kira tersebih dahulu, berapa unit boleh dijual untuk mendapatkan income RM 2500.

Diharapkan anda mendapat idea, 3 cara ini, bagi membolehkan RM 2500 dijana dan boleh membayar RM 2500 sebulan, bukan daripada pendapatan utama. Sekiranya anda ada persoalan, bolehlah bertanya diruangan komen di bawah.


PERHATIAN: Celik Hartanah tidak bertanggungjawab terhadap komen yang ditulis melalui laman sosial media facebook ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun fb dan tidak semestinya menggambarkan pendirian penulis. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

KOMEN PANDANGAN & PENDAPAT ANDA DI BAWAH:
Share Artikel Dapat Duit Tepi

About SHamsurizam Norsham

SHamsurizam Norsham
Online Marketing Coach. Berpengalaman selama 14 tahun dalam online marketing. Memegang jawatan sebagai Chief Technology Officer (CTO) di Celik Hartanah Sdn Bhd