Home / 100k? 300k? 500k? Berapa Harga Rumah Korang Rasa Murah?

100k? 300k? 500k? Berapa Harga Rumah Korang Rasa Murah?

“Rumah sekarang semua mahal. Mana mampu nak beli.”

Berapa harga rumah yang tuan anggap murah?

“100K”

Tu banyak kat mudah.my harga 100K.

“Tapi itu semua rumah buruk dan rosak. Tak adil!”

Tadi kata takde rumah murah harga 100K, tapi bila tunjuk terus bagi alasan lain pulak. Hmmm…

BERAPA HARGA RUMAH YANG DIKATAKAN MURAH?

Murahnya harga sesuatu rumah adalah berbeza tafsiran antara individu. Ada yang kata rumah harga bawah 100K itu baru boleh dianggap murah, tapi ada juga yang kata rumah 300K itu murah.

Jom ukur guna tiga cara: cara yang ketiga adalah lebih universal dan boleh dibandingkan dengan semua orang.

1. Kemampuan Kewangan.

Setiap orang ada kemampuan kewangan berbeza kerana masing-masing mempunyai kewajipan, keperluan dan kemahuan yang tidak sama.

Ada yang mampu mengumpul deposit seawal setahun bekerja untuk beli rumah harga 100K, tapi ada yang dah 9 tahun baru nak mula menyimpan deposit rumah sebab duit habis buat bayar kereta.

Ini subjektif kerana setiap orang berbeza.

2. Kelayakan Pembiayaan.

Setiap orang juga ada kelayakan pembiayaan berbeza, walaupun secara umumnya cara kiraan kelayakan menggunakan formula yang sama.

Ada yang layak membuat pembiayaan perumahan 200K walaupun gaji kecil, tetapi ada yang hanya layak 100K walaupun gaji tinggi kerana banyak komitmen pembiayaan peribadi. Ada juga tak layak langsung walaupun mampu kerana dokumentasi tak memuaskan.

Ini semi-objektif, kerana formula kelayakan adalah sama namun kelayakan pembiayaan setiap orang adalah berbeza.

3. Nilai Pasaran.

Setiap rumah ada nilai pasaran yang ditentukan berdasarkan cara tertentu, dan setiap orang akan dapat nilai pasaran dalam julat yang serupa bagi sesebuah rumah yang sama.

Ini objektif kerana bagi sesebuah rumah yang sama, nilai pasaran adalah serupa.

Kesimpulannya, nak beli rumah, carilah rumah yang ada semua ciri murah, iaitu :

1. Mampu bayar kos awal dan kos berkala termasuk ansuran bulanan.
2. Layak biaya (kecuali jika beli tunai).
3. Harga tidak melebihi nilai pasaran.

Kongsikan tanpa was-was agar pembaca semua dapat perbaiki point kemampuan kewangan dan kelayakan pembiayaan.

Power tak tips dan ilmu di atas ni?

Nak cari lebih lagi ilmu-ilmu camni?

Starter Pack Celik Hartanah ni solusinya!

7 produk hartanah + kewangan untuk hanya RM60 SAHAJA!

Cepat dapatkan untuk masa terhad je tau. KLIK gambar di bawah ni:


PERHATIAN: Celik Hartanah tidak bertanggungjawab terhadap komen yang ditulis melalui laman sosial media facebook ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun fb dan tidak semestinya menggambarkan pendirian penulis. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

KOMEN PANDANGAN & PENDAPAT ANDA DI BAWAH:
Share Artikel Dapat Duit Tepi

About Mohd Fadhli Mohd Fauzi

Mohd Fadhli Mohd Fauzi
Pembina konten hartanah & kewangan di profil FB Mohd Fadhli Mohd Fauzi. https://www.facebook.com/profile.php?id=100009268608183