Home / Inspirasi / Renungan / 10 Ayat Sentap Ingatkan Diri. Ayat No. 9 Paling Sentap!

10 Ayat Sentap Ingatkan Diri. Ayat No. 9 Paling Sentap!

10 ayat sentap ingatkan diri!

1. Kau cakap belajar dari kesilapan sendiri adalah yang terbaik, takkan kau nak masuk penjara dulu baru nak tau penjara tu seksa?

2. Kau cakap kau nak kerja kerajaan sebab kerja kerajaan terjamin. Cakap jer la terus terang kau nak senang buat personal loan kan?

3. Kau nasihat orang tak perlu pon belajar tinggi-tinggi, ada SPM pon boleh kaya. Cakap jer la dulu kau malas belajar asyik bercinta.

4. Wanita belum kahwin sibuk nak mencari Imam. Bila dah kahwin tak nak pula jadi makmum, melawan jer kerjanya.

5. Astro full channel, Unifi Max speed, bil siap bayar auto debit. Cuma bil indah water jer dah 6 tahun tak bayar kan.

6. Awek ajak masuk meminang kau kata nanti tak cukup duit lagi. Kawan ajak tukar sportrim kereta laju jer kau swipe kad kredit.

7. Kau bawa awek makan kat Secret Recipe kau merungut kena bayar service charge + GST. Kenapa tak bawa awek kau makan kat warung jer?

8. Masa nak buat pinjaman bank masing-masing nak declare kaya, pendapatan dari 10 sumber tak mau kalah, semua untung. Bila declare LHDN, sekali semuanya rugi da.

9. Kau punya ayat bukan main nak mendirikan masjid, cakap jer la nak kawin, tak payah berkias. Masjid pon kau biasa singgah seminggu sekali, itu pon kadang-kadang miss.

10. Kau belajar pandai, kerja hebat berpangkat, kereta baru, rumah kondo. Bayar semua on time. PTPTN takkan bayar RM50 jer kot. Tu pon tersangkut-sangkut.

Sendiri tulis, sendiri pon sentap 😅. Yang mana satu korang sentap diam-diam jer k. Haha.


PERHATIAN: Celik Hartanah tidak bertanggungjawab terhadap komen yang ditulis melalui laman sosial media facebook ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun fb dan tidak semestinya menggambarkan pendirian penulis. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

KOMEN PANDANGAN & PENDAPAT ANDA DI BAWAH:
Share Artikel Dapat Duit Tepi

About Khairul Ezuwan

Khairul Ezuwan