rumah-tak-kurang-loan

Kenapa pinjaman rumah saya tak kurang kurang aja ?

“Saya buat pinjaman RM200,000 5 tahun lepas. Selepas lima tahun, baki pinjaman saya masih ada lagi RM198,000. Kurang RM2,000 aja”

Anda pernah jumpa tak rakan-rakan anda yang mengeluh macam tu ? Atau orang cheap jerseys itu adalah orang yang anda lihat di cermin setiap hari ?

Ini adalah situasi yang biasa saya jumpa cheap jerseys bila berbual dengan rakan-rakan dan pelanggan-pelanggan saya. Bila dia mengadu sebegitu, saya akan tanya balik “Berapa sepatutnya baki pinjaman awak selepas 5 tahun ?“ Soalan ini seumpama satu tamparan balik kepada mereka. Kerana apa ? Kerana 99 daripada 100 orang sebenarnya tak tahu apa jawapannya. Mereka hanya agak-agak bakinya mestilah lagi kurang daripada RM198,000 tu. Takkan la kurang RM2,000 aja.

Untuk faham in kenapa situasi ini seringkali berlaku dan menjadi misteri kepada kebanyakan orang, kita kena faham peranan faedah atau kadar keuntungan sebagai pembolehubah yang dikenakan ke atas pinjaman kita dan bagaimana ianya mempengaruhi pinjaman kita. Pembolehubah yang dinamakan faedah ini  digunapakai untuk pinjaman konvensional dan kadar keuntungan pula digunapakai untuk pembiayaan Islamik. Kadar faedah dikenali sebagai BLR (Base Lending Rate) manakala Kadar Keuntungan pula dikenali sebagai BFR (Base Lending Rate).

Semenjak 1 Januari 2015, bank tidak lagi menggunakan BLR atau BFR, sebaliknya telah menggantikannya dengan BR (Base Rate) untuk pinjaman konvensional dan iBR (Islamic Base Rate) untuk pembiayaan Islamik. Kadar BLR dan BFR adalah sama, begitu juga BR dan iBR. Kadar ini turun naik dari cheap jerseys China masa ke semasa. Situasi turun naik kadar BLR, BFR, BR dan iBR ini berlaku apabila Bank Negara Malaysia mengubah процесса OPR (Overnight Policy Rate) sama ada naik atau turun.

Apabila BR dan iBR naik, anda sepatutnya membayar lebih Appely daripada yang bayaran sebelumnya. Jadi apa yang anda perlu buat ialah pergi ke bank dan bertanya kepada bank berapa jumlah bayaran ansuran baru yang perlu anda buat selepas kenaikan BR dan iBR ini. Sekiranya anda tidak berbuat demikian dan membuat bayaran macam bayaran bulan bulan sebelum ini, pinjaman anda takkan berkurangan seperti yang sepatutnya. Baki pinjaman anda akan berkurangan hanya sedikit wholesale jerseys China sahaja. Lama kelamaan anda baru perasan yang baki pinjaman anda macam tak berganjak pun walaupun anda membuat bayaran macam biasa.

Nak Tahu Teknik Killer Langsai Hutang Rumah Dalam Masa 10 Tahun? Klik Sini.

Inilah akibatnya bila kadar faedah atau kadar keuntungan naik dan anda tidak membuat bayaran lebih tinggi untuk selaraskan pembayaran bulanan anda seperti yang sepatutnya. Jadi, pergi ke bank dan tanya pegawai bank berapa kadar bayaran ansuran anda yang baru setiap kali bila kadar faedah naik.

 

Komen Pandangan Anda
Baki Pinjaman Rumah Tak Kurang-Kurang