Bila pengunjung klik ke link affiliate anda, mereka akan tengokĀ  website merchant/pemilik produk dan pada saat inilah sebenarnya ada proses yang berlaku di belakang tabir. Proses di belakang tabir ini diuruskan oleh affiliate network atau dalam kes anda ini ialah Celik Hartanah.

Sebuah cookie, satu istilah teknikal, yang sebenarnya adalah sebuah file kecil yang diletakkan di dalam komputer visitor di saat pengunjung itu klik website merchant. Cookie ini berguna untuk memberitahu merchant bahawa pengunjung tadi datang daripada affiliate yang mana (anda la tu) sehingga tidak terjadi si merchant tersalah bagi komisen kepada affiliate lain.

Cookie itu akan disimpan di dalam komputer pengunjung tadi selama setahun. Jadi jika pengunjung tadi membeli produk lain daripada yang anda mula-mula rekomen tadi, affiliate tadi (anda jugak la tu) masih lagi diberi komisen oleh merchant/pemilik produk yang lain ini. Jadi jangan terkejut jika bangun pagi anda lihat duit masyuk ke akaun anda tanpa anda rekomen mana2 link affiliate malam tadi.

>>> Kembali ke Panduan Affiliate Celik Hartanah <<<

Komen Pandangan Anda
Bagaimana merchant/pemilik produk tahu visitor itu datang daripada anda