1- Tidak ada kos produksi

Kos untuk membuat dan mengembangkan produk baru adalah sangat tinggi. Melalui sistem affiliate, anda tidak perlu mempunyai produk sendiri. Anda hanya perlu memperkenalkan produk orang lain yang mendapat komisen daripadanya

2- Kos permulaan yang sangat rendah

Kalau nak dibandingkan dengan kos memulakan sesuatu bisnez, kos menjadi affiliate adalah tersangat rendah. Apa yang anda perlu hanyalah sebuah komputer atau handphone dengan sambungan internet. Anda dah ada kan ?

3- Tiada kos licensing

Memulakan bisnez offline dengan menjual produk orang lain memerlukan anda untuk membayar kos licencing untuk mendapat kebenaran menjual produk tersebut dan kawasan pemasaran anda adalah terbatas. Tetapi dalam sistem affiliate, kos ini tidak wujud dan pasaran anda tidak ada batasan

4- Dapat jual apa saja

Di negara maju dan moden, orang boleh jual hampir apa saja secara online. Di dalam masyarakat negara yang sedang membangun pula banyak barang mula dijual secara onlie seperti ebook, buku, seminar, video, software dan lain-lain

5- Tidak memerlukan pengalaman sales/menjual

Ada tidak perlu pengalaman dalam bidang sale/jualan. Pihak merchant menyediakan material/alat2 pemasaran yang bagus yang dapat digunakan di social media, email, whatsapps, dan sms affiliate

6- Tidak perlu pekerja

Setiap orang yang pernah buat bisnez offline pasti tahu bagaimana rasanya mempunyai pekerja. Betapa pening kepalanya untuk menguruskan walau seorang pekerja. Bayangkan kalau anda ada beratus-ratus pekerja. Tetapi dalam sistem affiliate, anda tidak memerlukan pekerja kerana sistem dilakukan secara automatik

7- Tidak menanggung kos pemprosesan order

Untuk memproses order secara online, merchant/pemiliki produk yang perlu menanggung kos penghantaran, akaun merchant,  caj pemprosesan kad kredit, caj bila terjadinya fraud atau kecurian kad kredit, caj refund, pembatalan order. Sesuatu yang tidak perlu ditanggung oleh affiliate

8- Tidak perlu stok barang

Sebagai affiliate, anda tidak perlu runsing memikirkan bagaimana nak uruskan stok barang, order stok baru, kita baki stok dan bayar sewa gudang menyimpan stok

9- Tidak perlu memproses order

Lupakan masalah mengumpul nama, alamat, kad kredit, order no, ID produk, penghantaran produk, periksa status order sudah dihantar ke belum, bayaran dah clear ke belum, produk dah sampai ke belum dan menjadi pelanggan yang bertanyakan status order mereka

10- Tidak perlu report status penghantaran

Kos dan kerumitan menghantar barang pelanggan ke seluruh dunia memang sangat-sangat menakutkan. Lagi menakutkan kalau ada pelanggan yang asyik telefon kita bertanya barang dia bila nak sampai

11- Tidak perlu ada customer servis

Mempunyai pelanggan adalah saat yang bagus, tetapi  saat kita harus menghadapi komplen daripada pelanggan yang tidak puas hati adalah benar-benar cerewet dan membuatkan kita tertekan. Anda akan bersyukur anda sebagai affiliate kerana merchant anda yang harus menangani semua kerenah pelanggan ini

12- Dapat duit ketika tidur

Bisnez seperti apa yang membolehkan anda terus beroperasi 24 jam selama 365 hari setahun dan anda mendapat duit ketika anda sedang tidur atau sedang berhibur ?

13- Pendapatan pasif

Inilah yang saya maksudkan pendapatan pasif. Melalui pemasaran affiliate, duit masu kketika anda sedang tidur. Bila pendapatan pasif anda sudah cukup untuk membiayai kos kehidupan anda sekeluarga, anda boleh pilih untuk berhenti kerja makan gaji atau bekerja kerana anda hendak bekerja bagi mengisi masa lapang anda

14- Pasaran seluruh dunia

Internet adalah pasaran terbesar seluruh dunia. Anda mampu mendatangkan visitor/pengunjung ke link affiliate anda dari seluruh dunia

15- Bekerja dari rumah

Bekerja dari rumah menjadi impian bagi ramai pekerja yang harus menghabiskan waktunya sangat lama hanya untuk sampai dan pulang dari tempat kerja. Lebih baik lah anda gunakan waktu terbuang itu untuk menikmati saat-saat bahagia bersama keluarga anda di rumah

16- Bekerja dari mana saja di dunia

Impian adalah impian ada juga kan ? Bayangkan anda boleh melancong ke mana-mana di seluruh dunia dan anda masih tetap boleh monitor bisnez anda dari handphone anda sahaja

17- Risiko kecil

Jika anda tidak mendapat hasil daripada produk yang anda promosikan, buang saja. Ganti dengan produk lain. Cuma itu saja. Tidak ada kontrak/komitmen yag mengharuskan anda menjual produk tertentu sahaja

18- Potensi hasil yang besar

Potensi pendapatan yang anda hasilkan bergantung kepada kerja keras anda dan impian besar anda. Memang ramai affiliate di luar sana yang sudah menjadi jutawan hasil daripada bisnez affiliate ini. Anda buat pilihan anda sendiri

>>> Kembali ke Panduan Affiliate Celik Hartanah <<<

Komen Pandangan Anda
Apa kelebihan pemasaran affiliate