Affiliate marketing sebenarnya adalah bisne model yang sudah lama digunapakai, Cuma namanya sahaja yang nampak canggih kerana kecanggihan teknologi. Dalam bahasa mudahnya, affiliate ialah orang perantara atau ejen di dunia bisnez offline. Di dalam dunia bisnez online, orang perantara atau ejen ini dinamakan affiliate.

Bayangkan anda buat bisnez butik perkahwinan yang membuat pakaian pengantin. Itu adalah bisnez utama anda dan anda cari makan daripada bisnez tersebut. Pada suatu hari ada seorang pelanggan datang ke butik anda untuk menempah pakaian kahwin. Sedang anda ukur saiz baju pelanggan itu anda pun buka mulut dan bertanya dia sudah cari katerer untuk masak2 kenduri nanti. Dia kata belum lagi. Anda pun rekomen katerer yang anda kenal dan pelanggan anda pun setuju untuk menggunakan khidmat katerer itu. Lepas tu anda tanya pelanggan anda tu dia dah ada jurugambar untuk tangkap gambar dan video perkahwinan dia nanti. Dia kata belum lagi dan anda rekomen jurugambar dan juruvideo yang anda kenal. Lalu dia pun setuju menggunakan khidmat jurugambar dan juruvideo yang anda rekomenkan tu. Nah… sekarang anda sudah pun rekomen dua servis rakan anda kepada pelanggan anda tadi dan dia setuju untuk menggunakan servis rakan anda sebab anda seorang yang peramah dan dia percayakan anda. Hasil daripada rekomen anda tadi, rakan anda si katerer, jurugambar dan juruvideo tadi memberi komisen kepada anda tanda terima kasih kerana memberi mereka bisnez. Mudah kan untuk dapat duit extra dengan hanya rekomen servis rakan kita kepada pelanggan kita.

Itulah yang berlaku di dunia bisnez offline. Anda dinamakan sebagai orang perantara atau ejen. Sekarang jom kita tengok bagaimana ini berlaku di dalam bisnez online.

Sebagai affiliate, anda hanya perlu letakkan link affiliate atau link website merchant/pemilik produk di internet seperti di social media, email, whatsapps, sms dan sebagainya supaya pengunjung nampak produk itu dan berminat untuk memilikinya. Bila pengunjung klik ke link affiliate tersebut, mereka dapat membaca maklumat lanjut berkenaan produk tersebut. Kemudian pengunjung membeli produk yang anda rekomenkan itu. Akhir sekali, merchant/pemilik produk akan memberi komisen kepada anda kerana anda rekomenkan link affiliate  merchant tersebut. Senang kan ?

>>> Kembali ke Panduan Affiliate Celik Hartanah <<<

Komen Pandangan Anda
Apa itu sistem affiliate marketing